Friday 16 December 2011

Tiada Lagi Cinta ~ Mampukah Kita Redha ?

Disaat kamu mula mencintai , kamu fikir kamu telah bersedia untuk dilukai , namun disaat perpisahan itu terjadi , baru kamu sedari, kamu tidak cukup kuat untuk menerimanya sepenuh hati , seringkali , yang terjadi kamu kesali, menanyakan si dia di mana kelemahan diri , kadang , kamu tegar menunding jari , menuduh si dia mungkiri janji , semata - mata mahu memujuk hati sendiri.
Ayat pujuk hati ~

Bila apa yang kamu impikan ternyata hanyalah sekadar impian , tiada harapan yang mampu kamu jadikan kenyataan, kamu cuba mencari siapakah antara kamu dan dia punca kesilapan , kadang , senekad mana dia menyatakan kamu sudah tiada dalam hatinya , senekad itu juga lah kamu mahu menyambung semula apa yang sudah tiada.


Bukan kamu tiada harga diri , bukan kamu tiada ego untuk dihormati tapi si dia itu pada kamu cukup bererti. Bukan juga tiada insan lain yang sudi menjaga hati , bukan tiada dia yang sanggup berkorban apa saja demi menjadi pemilik hati , tapi hati kamu itu telah kamu serahkan pada si dia yang tidak mahu menghargai.

Aku ; juga seperti kamu sebenarnya. Masih berharap , pada cinta yang telah pergi. Namun, akal waras ku ini sudah cukup jelas , cinta itu bukan cinta kalau hadirnya kerana belas. Lantaran itu , walaupun aku sering merasakan aku TIDAK MAMPU [kerana sebenarnya , aku TIDAK MAHU] melalui hari - hari tanpa dia , aku belajar membatasi diri dari terus - terus melara hati , malah , aku telah , sedang dan akan terus belajar menjaga hati ku sendiri kerana hati aku ini , cuma aku yang mengerti.




Suara dengarkanlah aku , apa khabarnya pujaan hatiku. . .aku , di sini menunggunya , masih BERHARAP di dalam hatinya ~

No comments:

Post a Comment