Friday 9 December 2011

Minah Jepun + Mamat Korea 1


  Kedengaran lagu Price Tag nyanyian Jessie J pada telefon Xperia milik D.
D mencapai telefon kesayangannya yang berada di meja lampu tidur.Nama pemanggil dilihat rupa-rupanya nama daddy tersayang.D tersenyum lantas menjawab panggilan yang diterima.“hello sayang,apa khabar?so far so good?macam mana study kat sana?Ada orang buli my babe tak kat kampus tu?”
  “hello my lovely daddy,semua ok je kat sini since D kat sini pun dah ada kawan tau.Buat masa ni nothing happen to me papa.Papa bila nak pulang ke Malaysia?I miss you so much papa,jangankan D,Abang Long,Abang Ngah,Abang Chik pun dah rindukan papa tapi yang paling teruk rindukan papa sure la mama.”He he he!! Sempat lagi aku mengusik papa.
“Banyak la D punya rindu,rindukan papa or hadiah papa?Macam la papa tak kenal anak papa ni.”Belum sempat aku jawab soalan papa,mama dah menjerit panggil nama aku.potong stim betul la mama ni.
“D!!!!!!yang awak bergayut dengan telefon tu dengan sapa?Pening lah mama dengan perangai kemu ni.Tak habis-habis bergayut,nak tinggalkan kat hutan anak orang.Hish”Mama mula mengeluarkan machine gun miliknya.Dah cair terus lombong emas aku dengar mama membebel.
“Ala mama,D tengah bercakap dengan papa ni”laungku kepada mama.Ok lah papa,ibu tarzan dah bunyi la papa,we chit-chat nanti papa balik pulak.Bye papa,love you so much!!”
“ok baby,love you too.”
  Anak tangga kuturun perlahan-lahan,rumah aku takder la besOw sangat cuma boleh lah untuk kami berteduh.Ayat terOver sadiss tuu.ha ha.Mesti korang tertanya-tanya nama aku kan?Biarlah Rahsia bak kata Datuk Siti NurHaliza.he he he!!korang jangan la marah . .
  “Nur Diana Mika Shan!!!turun cepat-cepat,mama dah pun siapkan makanan ni.”Semua pokok akan tumbang bila dengar mama menjerit.Tragis betul suara mama.Ni kalau semua family aku berkumpul mesti gelak tahap dewa kat aku,selalu buat mama menjerit.Tapi,aku suka bila mama menjerit panggil nama penuh aku,terasa disayangi dan dibelai gitu.hua3 pecah sudah tembelang namaku yang cantik ini.Namaku memang pelik dan berbeza denga family yang lain sebabnya aku ni sorang je anak perempuan.he he he~
  “D,awak tu dah 18 tahun,sepatutnya bangun awal-awal and tolong mama kat dapur bukanya bergayut kat telefon.Awak ni berasal dari mana D,Malaysia,Pluto?”Yes aku dapat tazkirah free Of charge dari mama.Caya la korang!!asal?aku memang lahir kat KL kirenyer KL ni aku punya,nak tiru KL gengster sikit.He he he . . .
 “Ala mama,relaks ok?D just bergayut dengan papa je bukannya anak mamak jual kari kat depan kampus D pun.”kataku sambil peluk mama dari belakang.Jangan jeles!!,aku kan anak bongsu so dapat layanan first kelas la dari mama dan papa tambahan pulak aku sorang je anak dara kat dalam rumah ni.Kembang sebaldi la aku bila mama dan papa asyik back up aku je kalau abang2 aku tu menyakat,aku akan pura-pura nangis,biar lakonan aku menjadi.Aiseh terer giler aku kalau bab berlakon ni,artis-artis kat Malaysia pun kalah dengan aku.Yabedabedu!!!!
 “D,makanlah sayang,mama dah masak special untuk D.”Itulah yang membuatkan aku makin sayang kat mama aku yang bernama Puan Liana Katrina .Cantik tak nama mama aku?mesti la cantik,mama aku ni kacukan cina-melayu.Hurmm,Papa aku?Encik Hakim Shan,mantap tu nama papa aku,papa aku ni kacukan dari Melayu-Jepun pulak.Family aku memang berasal dari kacukan la kirenyer!Aku punya darah pulak pastinya kacukan melayu-jepun dan cina.Terbaikk!!Kembang kempis hidung aku bila orang tanya aku ni kacukan ke?Disamakan pulak muka aku dengan pelakon Jepun yang berlakon dalam citer Hanakimi tu..aku tak ingat la pulak nama dia,hah!! Dah ingat Maki Horikita.Tak best betul la dia orang ni,aku yang rambut panjang mencecah pinggang disuruh potong sampai pendek,ada ke patut?tak patut betul.
 “D,mama nak keluar kejap lagi,nak kena ambik stok baru.”jelas mama aku,bukan mama korang tau.
  Mama ada buka butik kat KLCC dan cawangannya seperti Pahang,Perak tapi yang paling bergiat aktif pastinya di KLCC.Abang Long?Bekerja sebagai doktor kat Pulau Pinang dan dah berkahwin cuma belum ada anak je lagi.Isteri Bang Long pun doktor jugak kat hospital yang sama.Bang Long aku bernama Daniel Haikal Shan bukan Bang Long Dil macam dalam KL gengster tu,Kak Long aku pulak Nurul Ainul Syafika tapi nak senang panggil je kak long and korang mesti ingat bukan Kak Yong macam dalam bini-biniku gengster tau.Abang Ngah pulak bekerja sebagai Lawyer,bercakap dengan dia memang aku angkat bendera putih,nama dia paling sweet Danish Hashraf Shan dan baru je bertunang dengan bakal kakak ipar aku iaitu Pensyarah aku sendiri tak lain tak bukan Cik Haslina Aishah tapi aku kat kampus panggil Kak Yana je,bantai je la.
   Abang Chik aku,nama dia Danny Hairul Shan?susah sikit nak terangkan because bang Chik aku ni further study PhD kat UK.Umur kite orang tak jauh pun cuma selang 7 tahun je.bang Chik aku memang minat giler bab study.Habis Ijazah,sambung master dan sekarang PhD pulak dalam course Pendidikan,nak jadi cikgu la tu.Mama dan papa makin la sokong.Aku?umur baru masuk 18 tahun,further study dalam Business.Aku minat sesangat kalau bab business ni,papa dan mama lagi sokong aku.Papa sebagai Businessman memang takder kat rumah tapi bila papa balik,haru biru la rumah jadinyer.Kami tak la kaya sangat tapi bahagia.
 “Ma,D nak ikut mama pergi butik boleh?Boring la ma duk terperuk kat rumah,bukanya ada orang pun.Kesian la kat anak mama ni.”Aku sengaja buat muka sesen.Bila lihat mama mengangguk,apalagi melompat tak hengat dunia la.Mama geleng je la tengok aku ni,kerek?takder la kerek sangat aku ni tapi hidup aku ada satu moto iaitu , sempoi + selamba +simple.Naik je ke bilik,aku tukar la baju,pakai baju kurung tapi tudung belum,mama dah puas nasihatkan aku tapi senang je aku jawab,belum sampai seru lagi la ma dan bla..bla..bla..
 “D ke ni?biar betul anak mama pakai baju kurung?macam tak percaya je..”sedapnya mama duk ngata aku,mentang-mentang lah selama ni aku tak pernah sarungkan baju kurung kat badan except hari raya sesedap mama je bantaikan aku.Kesian kat anak mu ini mama..

No comments:

Post a Comment