Thursday 15 December 2011

Rindu Terlarang, Cinta Terhalang

Aku meminta pada yang ada, 
Aku merindu pada yang kasih, 
Aku merayu pada mu yang sudi merindu ku.

Yang diminta, memang ada. Yang dirindu, memang kasih. Yang dirayu  juga, memang rindu tapi, masih ada yang tidak kena disitu. Masih ada yang terlarang, masih ada yang terhalang. Rasa cinta itu sangat jelas, ikhlas malahan berbalas namun, perasaan itu harus ada batas.



Dalam soal hati, sekuat apa pun kita, kadang lemah bila melawan kemahuan sendiri. Kadang kalah kerana hati mudah lelah. Sangat jelas, yang terlarang itu godaan tapi yang menggoda itu lah yang kita suka. Benar, bukan semua mampu melawan kata hati. Kalau ada yang mampu pun, mungkin hatinya bukan mahu sepenuh hati.


Ironinya, sifat kita, manusia-manusia ciptaan TERINDAH sang Pencipta ini, begitu lah. Semakin dilarang, semakin dihalang, semakin galak kita mahukannya. Walau akal  sihat kita sudah tahu, akal waras kita juga sudah jelas. . .si dia yang kita mahu itu bukan sebenarnya yang kita perlu. Apakah kita perlu meminta pada yang sudah ada, apakah perlu kita merindu pada yang sudah ada kekasih, apakah perlu kita merindu pada yang sememangnya sudah ada orang yang rindu ? Tidak perlu tapi kenapa kita masih mahu ?


Dia ; pernah menjalani rindu yang terlarang, cinta yang terhalang. Orang yang dia sayang hak milik orang. Suami orang. Demi Allah, bukan dia tidak mengelak namun, PAYAH ! sangat payah, kerana cinta itu bukan dia seorang yang mahukannya. Bukan dia itu tiada perasaan, malah sepanjang tempoh mereka berhubungan, tidak pernah walau sekalipun dia melampaui HAK nya. Dia masih tahu, di mana batasnya. Walau berkali lelaki itu menyakinkan, dia yang dia cintai, itu tidak buat dia besar hati kerana dia cukup sedar kalau dia itu LELAKI ~ saat dia mahu , lain katanya . . saat tidak perlu , juga lain katanya.
Segalanya berakhir begitu saja, tanpa kata, si dia hilang dari pandangan mata. Kecewa ? Dia itu manusia, mana mungkin dia ketawa disaat hatinya terluka, namun dia percaya hidup ini ada KARMA ~ disaat dia melukakan hati kaum sejenisnya, dia sebenarnya menentukan karma yang akan melukakan hatinya sendiri jua.

No comments:

Post a Comment