Friday 16 December 2011

Jika Kau Bercinta Lagi

Dalam kamu berbahagia dengan cinta yang tercipta antara kamu dan dia , apa mungkin pernah kamu tertanya , sampai bila akan si dia itu kamu cinta atau sampai bila cuma kamu yang si dia cinta?

Bagi kamu yang pernah putus cinta , pasti ada rasa TAKUT untuk bercinta semula kerana azabnya cuma kamu yang tahu seperit apa rasanya.


Bukanlah satu kesalahan kalau selepas ini , kamu menjadi seseorang yang sering berjaga - jaga , sering berprasangka , kerana hati kamu itu selayaknya kamu lah yang menjaganya.

Cuma , berpada - padalah. Tiada bahagia tanpa kecewa. Mereka yang pernah kehilangan cinta itu sebenarnya adalah orang yang seharusnya tahu MENGHARGAI apa yang dia ada.

Berlaku adil lah pada si dia yang kamu terima cintanya. Berlaku adil lah pada hati kamu yang mahu merasa bahagia semula.



Tiada kata yang mampu mengungkapkan betapa indahnya saat BERCINTA itu kecuali , kamu sendiri merasainya , sama juga seperti mana sakitnya KECEWA kecuali kamu sendiri yang terluka.

No comments:

Post a Comment