Friday 16 December 2011

Adam vs Hawa

Sememangnya, lelaki dan wanita dua ciptaan Sang Pencipta yang istimewa dengan perbezaan yang amat ketara antara mereka. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga cara pemikiran. Sesungguhnya, perbezaan ini lah yang sebenarnya yang membuat lelaki dan wanita saling melengkapi.


NAMA GELARAN

Jika Ain, Laila, Aisya dan Sara keluar berjumpa, mereka tetap memanggil Ain, Aisya, Laila dan Sara antara sesama mereka. Jika Adi, Lan, Amin dan Saiful berjumpa, mereka akan memanggil 'boroi', 'bongek', 'kodok', 'cicak' di antara sesama mereka.

BAYAR BIL

Apabila sekumpulan wanita keluar makan dan membuat bayaran bil, mereka akan membayar cukup-cukup dengan jumlah bil. Apabila sekumpulan lelaki keluar makan dan membuat bayaran bil mereka mengeluarkan RM10 seorang (jika ber 4) kalau jumlahnya RM40.25 dan tiada siapa antara mereka yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut.

BAZIR DUIT

Lelaki akan bayar berapa sekalipun harga sesuatu barang itu jika dia suka dan berbaloi walaupun mahal asalkan berkualiti. Wanita juga sanggup mengeluarkan duit yang banyak ketika berbelanja, namun mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diingankan pun.

PERTENGKARAN

Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Lelaki pula, sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu dan ia akan menjadi punca pertengkaran yang baru!


MASA DEPAN

Wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang suami. Lelaki pula, tidak pernah memikirkan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

LAMBANG KEJAYAAN

Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk kegunaan keluarga atau isterinya. Seorang wanita pula dikatakan berjaya, jika mendapat suami seperti diatas itu..hahahaha..!

HARAPAN PERKAHWINAN

Wanita berkahwin dengan lelaki yang dicintainya walaupun kurang baik, dengan harapan lelaki itu akan berubah tetapi malangnya si dia tidak akan berubah. Lelaki pula akan berkahwin dengan wanita idamannya dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi, malangnya si dia akan berubah.

No comments:

Post a Comment