Thursday 8 December 2011

Assalamualaikum.. :)

Selamat tengahari, selamat berSPM untuk adik adik yang tengah SPM tu. watlek je dik. SPM tu kacang je. sambil tidur pun boleh jawab. tak caya ha ce try. *mau aku kena pelangkung ngan mak bapak bebudak kalau ada yg buat mcm apa aku suruh. haha.


Gambar dirembat dari tumblr photogrpahy. hang pi search kat google naa..


Seperti yang digembar gemburkan bajet-ada-org-nak-tau oleh aku di facebook n twitter, Jumaat sampai Ahad semalam aku pergi Terengganu. ehhh.. idok aih. bukan bercuti sakan pun. pergi ikut rombongan sekolah mak aku je. apa? apa? aku ex student situ jugak. so tak salah okaaayyyy.. :D

Nak dijadikan cerita entah po kono eh jang aku punya perut tak sedap dari hari jumaat mlm nak bertolak tu. tapi aku kan cool orangnya. watlek. gelak gelak bagai. dalam bas tidur je la aku mampu konon mengantuk padahal menahan loya nak termuntah. lepas tu setiap kali berhenti aku turun sebab nak termuntah tapi tak muntah pun.

Last last sampai terengganu sabtu pagi tengah gosok gigi cuci muka nak solat subuh hamek kau. segala isi yang aku makan smlm nya keluar. lega lah jugak lepastu. nden lepastu dihidangkan pulak nasi dagang. memula aku tanak makan sebab tak larat. tapi dipaksa so makan lah sikit.

Dlm bas watcool lagi. konon sihat. sampai muzium negeri naik keretapi tontonton yg sambung sambung tu gedebak gedebuk goncang goncang. aku dah start loya dah. dah mcm naik kuda aku rasa. lepas habis pusing kawasan luar muzium, nak masuk pulakkk.. sebelum tu amek gambar group dulu. masa amek gambar muka aku muka menahan.

Habis je snap gambar aku lari naik atas. nak masuk tak boleh sebab takde ticket. aku cuba tahan. tapi terkeluar jugak. aku buat isyarat tanya mana toilet sebab aku tak mampu nak bercakap da masa tu tapi apa kan daya. guard hanya pandang agaknya dia duk pikir pebende budak ni meraban aku dok pahe deh. ha sudah last last aku muntah depan muzium tu. keluar segala nasi dage tadi. padan muka. kihkihkih.. tapi maluuuuuuuuuuuuuu... :/

Tapi dah kata kan tadi aku cool orangnya so aku watlek jalan masuk muzium buat mcm tade benda berlaku. bila nak keluar tgk cleaner duk simbah air biar mengalir masuk kolam kat bawah. jadi makanan ikan la jawabnyaa.. baik kan aku. haha.

Itu lah tragedi yang berlaku di terengganu. aku memang suka tinggalkan kenangan macam ni. dulu pergi bukit tinggi pahang pun mcm tu jugak. :D

La ni aku dah tak muntah muntah tapi still tak boleh nak makan benda berat. confirm loya tekak. Satgi nak buat muffin. tetiba termengidam. err.. lain mcm je aku ni. loya la ngidam la. okay jangan mengarut. aku masih bujang. terima kasih.. Tapi tapi tapiiii.. ada satu aku ralat. aku hanya mampu pandang pantai dari dalam bas sebab bas tanak berhenti. sobsob. sedihh.. :'(

No comments:

Post a Comment