Friday 16 December 2011

Cintai Dia Yang Mencintaimu


Berapa ramai daripada kamu yang pernah putus cinta ? Aku percaya, dalam sepuluh orang, sembilan darinya pernah putus cinta. . . termasuk aku lah tu ~

Dia cintaku yang terakhir. Aku akan cintakan dia sampai bila-bila, biarpun aku dan dia tidak ditakdirkan bersama ~
Jujur , pernah tak kamu cakap macam ni pada diri sendiri ketika asyik dilamun cinta ~ aku PERNAH !

Kemudian ditakdirkan kamu bukan lah pemilik tulang rusuk kirinya sepertimana yang tertulis di dalam rencana dan kalam masa depan yang kamu angankan selama ini. Kecewa. Merana. Membawa hati yang luka. Lalu berjanji pada diri bahawa kamu akan pelihara cinta dan kasih sayang kamu hanya untuk dia. Sungguh-sungguh kamu  mahu mengunci pintu hati agar tidak dapat dimasuki sesiapa pun. Apa kamu rasa, kamu bahagia kalau kamu buat begitu ? Berbaloi - baloikah ?

Buka mata dan lihat pula hidup si dia yang buat hati mu sengsara, apa kisahnya ? Bukankah hidupnya baik - baik saja bersama teman-teman keliling , sedang kamu mengisolasikan diri, makan entah ke mana , kerjaya juga terabai begitu sahaja. Hidup sudah tidak serupa hidup. Sampai bila mahu dipenjarakan hati dan jiwa itu demi lelaki yang tidak mampu atau juga sebenarnya tidak mahu membahagiakan mu ?

Andainya ada antara kamu orang yang sebegini rapuh, bangkitlah kembali dan jadi kuat demi untuk bahagia kamu sendiri. Bahagia itu kita sendiri yang corakkan. Bebaskan diri dari belenggu cinta yang sia-sia. Tuhan tidak akan pernah berkata tidak kepada setiap permintaan kita , insyaAllah , semua akan diperkenankan. Lambat atau cepat sahaja yang membezakannya.

Aku ; pernah serapuh itu. Malah, mungkin lagi rapuh dari apa yang aku bayangkan. Tapi, sebenarnya pada permulaan fasa kecewa sahaja kita jadi manusia yang serapuh-rapuh manusia dan seiring dengan masa yang berlari, kamu akan pulih , kamu akan jadi orang yang lebih kuat , dengan syarat, jangan terus - terusan jadi BODOH. Kamu mesti bina kekuatan untuk bergerak ke hadapan , mesti kena ada usaha untuk melupakan , jangan terus membelenggu diri dengan cinta yang bajet-bajet suci , setia membuta tuli ~ cuba kamu amat amati semula apa berbaloi meletakkan setia kepada dia yang sudah tidak cintakan kita?

Pada suatu waktu yang benar-benar tepat, di suatu tempat yang benar-benar indah, Tuhan akan hadirkan seseorang untuk melengkapi hidup mu, yang mampu membuatkan kamu bahagia dan merasa terwujudkan. Orang bilang ; cintailah dia yang lebih mencintai mu, yang lebih dalam cintanya berbanding cinta mu terhadap dirinya. setelah itu nanti kamu akan merasa lebih bahagia.

Tak payah lah dilayankan sangat merana dan lara hati itu lama-lama , bila kelak hadir insan yang mampu membahagiakan kamu , hargai lah dia, bersyukurlah dengan segala kurnianNya.






Usah diingatkan sangat akan cerita semalam yang telah jadi sejarah, usah pula terlalu obses menilik masa hadapan yang kita sendiri tidak pasti akan terang - kelamnya , tapi , berbahagialah dengan hari ini yang telah Tuhan kurniakan untuk kita ~







No comments:

Post a Comment