Friday 9 December 2011

Minah Jepun + Mamat Korea 2


Kami menaiki kereta PaisaWaisa milik papa menuju ke KLCC.Mama berjalan mendahului aku,dah mama tinggalkan aku,terus aku merayap untuk cuci mata.hehehe. .maybe korang tak tahu yang aku memang hantu shopping tapi tak pernah pulak aku beli baju kat butik mama.Sedang aku asyik masyuk  berjalan tiba-tiba ada orang langgar aku,nasib baik sempat aku berpegang kat dinding kalau tak memang aku dah menari ala-ala filem hindustan kat situ,bergolek-golek la aku jawabnya.
“Buta ke??mata lain kali letak kat sini bukan kat kaki.”perghh tajam betul mamat ni bercakap. Laser betul mulut dia.Aku pandang dia lagi,membebel macam mama aku je.Aku pun pelik jugak,dia yang tengah bercakap tak letih ke?semua pengunjung tengok aku dengan muka kesian je.Dah habis dia membebel aku tengok dia.
“Encik dah habis membebel?kalau dah habis saya nak pergi dulu because mama saya dah tunggu.Sebelum aku melangkah ke  butik mama aku berpaling kat dia  dan cakap “and one more thing Encik,jangan kuat sangat membebel nanti cepat tua lagi pun tadi bukan saya yang salah tapi encik yang asyik bermain ngan handphone yang tak seberapa mahal tu.HAHA jahat betul aku ni.Jangan asyik nak salahkan orang kalau kita yang salah.Merah padam muka mamat sengal tu,pengunjung yang lain hanya tersenyum dan budak kecik ni paling lawak gila bila aku marah kan mamat sengal tu,dia boleh cakap kat mak dia “mama,Uncle kat sana kena marah kat pelakon jepun la.”lawak sengal budak tu.
 Aku terus blah dari situ,aku masuk kat SMO dulu,intai novel dan aku pun beli citer yang aku minat sangat dengan penulis dia,Areila Sahimi dan Lynn Alyyna.Novel dia mantap beb,kalau Areila Sahimi,dari BPMA,2X5,IMAN SURAYA dan last sekali yang terbaru ni,YES BOSS semua ada kat stok aku.Lynn Allyna?aku boleh minat kat dia bila aku baca citer Sepupuku suamiku dan yang terbaru Hati bila cinta.Fuyoo..aku memang tabik springss kat dia orang.
  “D..pergi mana?takkan tak jumpa kot cari butik mama?Kalau D datang awal tadi boleh mama kenalkan dengan Puan Sri.Puan sri nak sangat jumpa D.”mama dah start dah membebel.
  “D pergi beli novel yang baru kat SMO.Buat apa la Puan Sri nak jumpa D?D tahulah muka D ni sebijik macam Maki Horikita tapi takkan nak mintak autoghraph k0t?hissh musykil pulak D ni mama.”mama hanya melihat aku membebel.Kepala mama digelengkan.“D tahu tak?Puan Sri tadi bukan nak mintak autoghraph D tapi dia tu dari kalangan mak-mak Datin yang boleh dikiranya best friend mama merangkap special customer kat sini.”Pelik betul perangai anaknya yang sorang ni,tak habis-habis perasan dengan diri sendiri.
 “la ye ke?nanti kalau mak sri tu datang lagi mama kirim salam je la.Mama,kenapa pekerja mama tengok D pelik je?”soalku pada mama
“D pergi la tanya sendiri,mana lah mama tahu”mama mula melepaskan diri.Huh,ni yang malas ikut datang sini,mesti pekerja mama sedang kutuk aku.Dia orang memang suka sangat anyam ketupat.aku pun tak tahu pesal.
“You,I nak cari gaun malam.pastikan yang elok,I nak yang bermutu dan paling mahal”kata seorang perempuan.Ala-ala gedik.Menyampah pulak aku tengok perempuan ni.Muka?tak la cantik sangat,kalau dengan aku memang cantik aku habis.Berkulit hitam tapi seksi.Mini skirt paras paha yang dipakai berbelah di tepi.Perghh menawan habis
“Baiklah cik?”soalku
“Sharifah Intan Ilyiani Binti Syed Zaharul”
Fffuhhh...melet0p haabis nama dia,patut lah berlagak habis rupanya kerabat diraja.”Baiklah Cik Intan,kami memang menyediakan gaun malam,ada yang diperbuat daripada kain sartin dan ada juga kain lace.Tapi jika Cik Intan inginkan yang lagi mahal,kami ada menyediakan kain yang diimport khas daripada Paris.”Aku mula menunjukkan gaun malam yang sememangnya menjadi tarikan ramai customer.Bakat yang selama ini terpendam terus aku luahkan sebaik mungkin.
“Hurmm..,cantik,menepati citarasa I dan I bersetuju untuk membelinya.”Wajah perempuan tersebut girang.mana la pekerja mama,bila mama takder semua curi tulang.“Kak Shila,tolong uruskan pembelian Cik Intan.”kataku kepada Kak Shila.kak shila sahaja yang tidak curi tulang,patut lah mama sayangkan kak Shila dan tahun ini dan masuk tahun kedua kak Shila bekerja dengan mama.
“ok lah Cik Intan,terima kasih kerana sudi berurus niaga dengan kami.”kataku mula bermulut manis. “thanks jugak kat U sebab tolong pilihkan gaun yang menepati citarasa I.Setelah dia pergi,kak Shila menghampiri aku.“pandai D jaga customer,pilih yang sesuai pulak tu”kata kak Shila.“tak susah kak kalau kita tengok daripada penampilan dia,kita dah boleh agak dia ni jenis yang macam mana,maksud D,daripada cara dia pakai mini skirt D dah tahu dia jenis yang seksi so ditawarkan baju yang mahal,cantik dan bersesuaian dengan kulit dia tapi tetap seksi.

No comments:

Post a Comment