Thursday 8 December 2011

Cemburu Tanda Sayang !



Assalamualaikum ...

Selalu kan rasa cemburu. Cemburu tu bagus sebab ia menunjukkan diri kita punyai perasaan. Tapi tak bagus bila diri kita selalu dikuasai oleh cemburu.

So, kenali cemburu anda !

Cemburu adalah perasaan iri hati terhadap pasangan sekiranya pasangan memberikan perhatian kepada orang lain. Cemburu yg melampau adalah tanda perhubungan yg tidak sihat dan keadaan ini hanya akan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang. Cemburu yg melampau bukan berkisarkan cinta, ia adalah tentang penguasaan ke atas diri pasangannya serta menghalang kebebasan.

Sekiranya cinta itu sejati, perasaan itu akan bertukar kepada kasih sayang yg amat mendalam terhadapnya. Tetapi, sekiranya ia cinta mengikut nafsu yg melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal, selalunya ia akan berakhir dengan kegagalan perhubungan. :(

No comments:

Post a Comment