Thursday 8 December 2011

Kau tak pernah rasa bagaimana peritnya apabila orang yang kau kasihi mengaku bahawa hatinya dimiliki orang lain terutamanya kekasih lamanya. Setelah bertahun kau memupuk rasa kasih kepadanya, kini tanpa belas kasihan dia menyatakan perasaan disebaliknya. Lebih kejam lagi bila sedikit pun tidak kisah wujudnya kau di sisinya. Kau yang dalam kebingungan tak terkata apa-apa dengan kejutan yang kau hadapi. Jantung bagai nak pecah, hancur luluh.
Dengan mendengar tangisannya, kau merasakan betapa terseksa hatinya. Kau tak mampu berbuat apa-apa. Dan kerana kau tersangat sayangkan dia, kau tak mahu dia terus terseksa, kau merelakan dia pergi kepada kekasih lama. Kau yang terpinga-pinga tanpa sesiapa pun yang peduli, tanpa dia sedar bahawa kau lebih terseksa. Betapa peritnya hati kau ditinggalkan.
Hari-hari kau sekelip mata berubah. Pandangan matamu mengubah dunia cerah menjadi kelam. Tawa senyum mu hilang. Jiwa kau kacau, hati kau berdegup kencang. Tiada satu perkara pun yang kau mampu lakukan termasuklah tidur makanmu. Kau tak akan mampu tidur apabila di kepalamu berlegar segala angan dan kenangan. Anganmu musnah. Kau rancangkan keluarga yang bahgia bersamanya namun semuanya punah.
Hatimu terasa mati. Tiada sesiapa yang mampu membuat kau bertenang. Semua orang disekelilingmu, katalah apa saja, bersabar, bertenang, pasti ada hikmah dan apa saja. Semuanya tidak mampu mengubati hatimu. Doamu dipenuhi tangisan. "Ya Allah, andai dia jodohku bukalah hatinya untukku dan seandainya dia bukan untukku, bawalah dia pergi jauh dari ingatanku". Mulut membaca doa namun hati seperti tak mahu meredhakan. 
Mendengar suaramu sejenak membuat jantung berdenyut lega walaupun cuma beberapa detik.

No comments:

Post a Comment