Thursday 8 December 2011

Suatu Fakta Yang Perlu Dijadikan Iktibar

Ada juga pembaca yang tak berpuas hati dengan entri aku sebelum ini. Maaflah, aku tak berniat nak mengusik perasaan korang. Tujuan utama aku hanyalah untuk memberi kesedaran kepada kita semua betapa pentingnya pernilaian secara relevan. Ada jugak yang kata dengan membayar cukai adalah sumbangan kepada negara. Aku bayar cukai jugak der. Adakah itu sumbangan kita? Aku cuba terapkan jiwa patriotik dalam diri dan berharap kita semua sama.  
Negara kita kini boleh dikatakan hampir terbahagi kepada 50/50 kuasa memerintah. Mungkin juga boleh dikatakan dalam keadaan berkonflik secara dingin. Dilihat pada pelbagai perhimpunan dan demo yang riuh kebelakangan ini. Lihat pula kepada negara-negara Arab masa kini. Semua berturut-turut mengalami krisis pemerintahan. Aku tak ingin mengulas lebih banyak. Cuma nak kongsi mengenai sebuah nota yang mungkin boleh menyedarkan kita semua, Rahsia Pergolakan Pemerintahan Negara-negara Islam Arab.

No comments:

Post a Comment