Friday 16 December 2011

Aku Mahu Seperti Itu

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang bisa kau rindu
Selalu tanpa jemu

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang selalu kau mahu
Tanpa ada sekilas ragu



Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang memang kau perlu
Dalam melalui susur harimu

Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang menenangkan jiwamu
Saat resah mendesakmu



Sejujurnya
Aku mahu seperti itu
Menjadi sesuatu
Yang menyejukkan hatimu
Tika amarah membakarmu

Jujur, aku cuma mahu itu. . .

No comments:

Post a Comment